Samakan gincu dengan darah Palestin, Da’i Syed ‘dihamun’ netizen

PETALING JAYA – “Spesis ini (Da’i Syed) memang layak diboikot.”

Demikian komen netizen mengenai tindakan penceramah selebriti Da’i Syed yang didakwa tidak menjaga sensitiviti berhubung tragedi berdarah Palestin.

Difahamkan, Syed bersama isterinya, Hana Ismail yang juga seorang pengacara sedang mempromosikan gincu dipercayai produk milik mereka.

Tindakan pelantun lagu Albi Nadak itu tidak disenangi apabila menyamakan warna gincu dengan darah rakyat Palestin di Gaza.

“Tidak sesuai dengan gurauan Palestin. Awak seolah-olah tidak menjaga sensitiviti penderitaan mereka di sana,” kata netizen.

“Boleh pula bergurau menggunakan darah. Apalah kau ini,” komen netizen lagi.

Dalam siaran langsung TikTok tersebut, pemilik nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mencomotkan bibir Hana.

“Darah sikit, baru Palestin,” seloroh Syed.

Hana yang dilihat kurang selesa dengan tindakan Syed tetap sabar melayani kerenah suami. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok