Sabri, Angelina pasangan contoh

SEJAK bernikah, pasangan sejoli Sabri Yunus dan Angeline Tan menjadi topik bualan hangat netizen.

Kebanyakannya menyifatkan Sabri dan Angeline tidak membuatkan mereka berasa meluat seperti selebriti lain yang baru bernikah.

Diva setuju juga dengan komen netizen itu ditambah pula mereka berdua terbuka berkongsi detik perkenalan sehinggalah kehidupan selepas berumah tangga. Setiap tutur  kata Angeline juga sangat tertib tanpa perlu menyindir atau membuatkan orang naik meluat.

Berbeza sangat dengan segelintir artis kita yang ‘kedekut’ berkongsi pernikahan sendiri waima dalam media sosial.

Harap keperibadian dan keterbukaan Sabri serta Angeline ini dijadikan contoh kepada pasangan selebriti lain.

Kahwin mengejut pun tetap meraih doa ramai berbanding kecaman.

DIVA: Daiyan Trisha menafikan fitnah makan duit haram. Tak baik sungguhlah siapa yang sebar fitnah begitu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok