BAGI menyalurkan sokongan terhadap golongan ibu tunggal, penyanyi dan pelakon Lee Hyori menderma 300 juta won (RM1 juta) kepada badan amal, The Beautiful Foundation.
Tujuan sumbangan berkenaan adalah bagi meringankan beban golongan ibu tunggal selain ingin mengajak masyarakat melakukan kebaikan.
“Saya mula berkongsi perkara ini kerana mahu mengamalkan sikap positif yang akan menukar keadaan dunia menjadi lebih baik.
“Saya juga mahu menyokong kehidupan ibu tunggal dengan menyebarkan keindahan hidup dengan kejiranan saya melalui perkongsian masa hadapan,” katanya.
The Beautiful Foundation menggunakan dana tersebut untuk menyediakan bantuan kecemasan buat golongan sasaran berpendapatan rendah.
Pada masa sama, menyediakan peluang latihan vokasional, pendidikan dan rangkaian sosial yang disesuaikan dengan misi badan kebajikan tersebut.