Norish kecam himpunan solidariti Palestin

SEDANG seronok membelek-belek Instagram sambil ‘layan’ cekodok pisang ketika bersarapan, tiba-tiba ternampak ‘posting’ daripada pelakon Norish Karman.

Lama rasanya tidak dengar khabar pelakon wanita cantik yang selalu melakonkan watak ‘datin-datin’ dalam drama lakonannya.

Menjengah dalam InstaStory miliknya, tumpuan Diva tertancap pada satu tangkap layar sebuah artikel tentang pendapat pelakon, Mona Allen berhubung penganjuran himpunan solidariti bersama rakyat
Palestin oleh kerajaan, baru-baru ini.

Kata Norish, dia bersetuju dengan pendapat Mona apabila berasakan penganjuran acara solidariti sebegitu sebenarnya mengarut kerana di sebaliknya, terdapat elemen glamor dan hanya mahu meraih populariti.

“Betul sangat ‘my lovely’ Mona Allen. Kononlah solidariti, yang datang semua kemungkinan berbayar dan ada elemen glam dan populariti. Such a crappy program. But that’s my two cents opinion,” kata Norish.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim itu berpendapat bahawa lebih baik melakukan solat hajat daripada mengadakan perhimpunan seperti itu.

Alamak! Nasib baik status itu dimuat naik dalam InstaStory. Maka tak dapatlah Diva nak baca komen-komen netizen. Mesti menarik!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok