Netizen ‘seru’ ND Lala pertahankan Shila Amzah

MASIH dilihat berkecuali dari medan perang melibatlat bekas isteri dan anak-anaknya, nama penyanyi Datuk ND Lala yang bertahan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kini mula dipetik netizen.

Bahkan, ketika anak-anak, Shila, Amir Syafiq, Syada, menantu, bekas menantu dan bekas isteri saling bertingkah dengan pendirian masing-masing, penyanyi terkenal era 1980-an hanya sempat berpesan agar mementingkan adab dan meminta segala komen yang ditinggalkan Instagramnya hanya berkisar tentang sukan bola sepak (merujuk perkongsian gambar bersama dua pemain bola profesional tanah air)

“Tajuk perbualan di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain melalui sukan.

“Terima kasih kerana memberi komen baik dan mengekalkan adab budaya kita,” tulisnya dalam hantaran sukan kegemarannya itu beberapa hari lalu.

Tidak puas hati dengan pendekatan selamat  yang diambil, ada dalam kalangan netizen mula menasihatkan artis veteran itu supaya tampil menjadi penyelesai masalah dan menjalankan sebagai bapa, biarpun sudah bercerai dengan ibu anak-anaknya.

“Saya rasa Shila sangat memerlukan bantuan awak. Kebahagiaannya hancur lagi-lagi dengan kata-kata maknya yang tidak mahu memaafkan,” kata peminat.

“Rasanya pak cik boleh bersatu dengan Shila Amzah. Lagipun dia tidak melenting masa pak cik berkahwin lain,” ujar pengikut.

Dari satu sisi lain, sikap berdiam diri pelantun lagu Diari Y.B itu menjadikan dirinya sasaran netizen melepaskan geram atas segala kecamuk dalam hidup anak-anaknya.

“Keluarga kucar-kacir, anak bergaduh tetapi masih ‘steady’. Memang ketua keluarga terbaik,” tulis netizen.

“Menjawablah nanti di alam barzakh dan akhirat sebabkan kau keluarga porak-peranda. Kasihan anak sulung dan bini yang menanggung perbuatan kau,” sindir pengikut lain.

Sejak beberapa hari lalu, platform media sosial kecoh dengan sesi berbalas kenyataan anak-anak ND Lala berpunca daripada isu penjualan rumah.

Awal pagi tadi, bekas isterinya yang juga ibu kepada Shila, Fauziah Sarman turut meluahkan perasaan yang menyalahkan anak sulung mereka, Shila Amzah sebagai punca segala masalah.

Wanita berusia 55 tahun itu kesal dan mendakwa Shila tidak bercakap benar mengenai isu penjualan rumah tujuh bilik didiaminya sekarang.

Kontroversi tercetus selepas adik bongsu Shila, Syada mendakwa sedang mencari rumah sewa kerana didakwa dihalau daripada kediaman lamanya.

Rentetan itu, satu demi satu isu terbongkar termasuk dakwaan Shila ingin menjual rumah kerana gilakan harta selain dia pula mendedahkan perlu bekerja untuk menanggung ahli keluarga lain sejak menceburi bidang seni. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok