Netizen ‘restu’, tak gelar penyondol

KECOH dikatakan menjalin hubungan mesra dengan pengarah terkemuka tanah air, Syamsul Yusof, wanita yang dikenali sebagai Irenee Deanna bagaimanapun tidak diserang netizen.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia di akaun Instagram dan di ruangan komen, berbanding Ira Kazar, netizen dilihat seakan merestui hubungan tersebut meskipun tahu Syamsul kini merupakan suami kepada anak pelakon Kazar Saisi itu.

Rata-rata pengikut di Instagram dilihat meninggalkan komen memuji Irenee dan menyifatkan dia sebagai wanita yang cantik selain bekerjaya.

Malah, ada yang menganggap, Irenee adalah saingan yang setara dengan bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana, dari segi paras rupa dan kerjaya yang hebat.

Memetik komen pengguna akaun Zaharah627, Ireene kelihatan seperti wanita yang ada kelas tersendiri.

“Yang ini baru ada kelas, cari duit sendiri. Bukan tahu joget-joget dan kacau bini masa pantang. Restu sangat andai benar (gosip bercinta),” katanya.

“Salah seorang wanita yang tak akan kena hamun dengan netizen. Netizen dah bersedia nak buat majlis kesyukuran tujuh hari tujuh malam. Tahniah semoga menjadi,” tulis pengguna akaun imieryyy.

“Biar sampai jadi ya sis, Kami sokong awak daripada belakang. Ini lah yang dikatakan sekufu. Bukan macam anak Pak Samad itu (watak lakonan Kazar dalam sebuah drama),”kata pemilik akaun ssmms_94.

“Awak, jaga diri elok-elok tahu. Risau ada akaun palsu guna nama Mastura serang awak pula. Jenuh kami nak lindungi awak. Tapi demi awak, kami (netizen) sudi berjuang,” tulis pengguna akaun lyzza_d.

“Kena ada kenduri sebelah pengantin lelaki, perempuan dan juga untuk netizen. Kami datang! Yang penting, majlis kahwin ‘high class’, bukan macam kenduri sebelum ini, nikah kat Thailand,” komen pengguna akaun _meikheiliew

Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang selebriti lelaki terkenal didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang juga ahli perniagaan.

Wanita terbabit dikatakan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga berada.

Menurut dakwaan lagi, hubungan selebriti itu dengan isterinya yang juga anak kepada pelakon veteran masih hangat diperkatakan selepas selebriti terbabit baru sahaja melalui episod perceraian menerusi perkahwinan pertama.

Susulan itu, rata-rata netizen mula memetik nama Syamsul dan mengaitkan dirinya dengan dakwaan yang tular itu. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok