Netizen mual, minta Bella Astillah simpan suami dalam peti ais

TINDAKAN isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz, Bella Astillah membidas kenyataan Sophia Albarakbah dengan mendakwa aktres itu menipu mengenai kehadirannya di konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) Ahad lalu disifatkan netizen sebagai drama memualkan.

Malah ramai berpendapat ‘naik angin’ dan cemburu pelakon itu tidak bertempat memandangkan gelanggang All Stars Gegar Vaganza terbuka untuk sesiapa sahaja hadir menikmati persembahan peserta.

Tinjauan HibGlam dalam platform media sosial  mendapati rata-rata netizen meluat dengan perangai Bella Astillah yang mudah rasa tergugat selain menyuruh pelakon itu menyimpan kemas suaminya, penyanyi Aliff Aziz di dalam peti ais.

“Kalau rasa diri ‘insecure’ sangat dengan pelakon wanita lain, kau simpan laki kau dalam peti ais jangan bagi sesiapa tengok,” komen seorang netizen.

“Kenapa aku rasa meluat dengan Bella, macam sengaja nak cemburu tak bertempat padahal Gegar Vaganza tempat terbuka kot, Beyonce pun boleh datang kalau dia nak,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Sementara itu, kali ini netizen berpihak kepada Sophia apabila bersimpati dengan nasibnya yang bertalu-talu dihujani kontroversi ‘kebulur’ suami orang.

“Dalam hal ni, aku kesian dekat Sophia, dia datang nak layan ‘show’ pun kena tuduh nak menyondol. Bella, tolonglah profesional, orang tu datang tengok sahaja, bukan dia naik pentas menyanyi dengan suami kau, jenis cemburu tak bertempat,” tulis netizen itu.

“Gegar Vaganza terbuka untuk semua orang datang, kalau si Sophia datang pun apa masalahnya, lagi pula sepupunya Aisha Retno ada di sana, cukup-cukuplah Bella, bukan laki awak sahaja hensem dalam dunia ni,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Terdahulu, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff sekitar Januari lalu.

Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok