TAMPIL berpakaian mencolok mata ketika menghadiri sebuah acara hiburan, pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz disifatkan netizen sebagai lapar perhatian.
Menerusi perkongsian beberapa foto dalam Instagram, pemilik nama penuh Azira Shafinaz Ramlan mengenakan busana serba hitam dipadankan dengan permata warna-warni sebagai pelengkap gaya.
Bagaimanapun, persalinan itu didakwa tidak sesuai kerana terlalu seksi apabila mendedahkan bahagian dada serta pinggangnya.
Tinjauan HibGlam mendapati, ruangan komen dibanjiri respons peminat yang rata-rata mengecam gaya pemakaian anggota kumpulan DeFam itu selain menyifatkannya artis sendu yang sengaja menagih perhatian.
Sudah-sudahlah tu, sebab takde ‘job’ ke terpaksa tayang semua benda? Kesian artis sendu lapar perhatian,” komen seorang netizen.
“Saya sebagai perempuan malu tengok awak berpakaian macam ini, entah apa yang awak cuba buktikan kepada khalayak, tayang badan awak untuk raih pujian? Kesian,” tulis seorang lagi netizen.
Dalam pada ditikam pelbagai kata nista, terdapat juga netizen yang mendoakan agar aktres berusia 32 tahun itu diberi hidayah Allah.
Siapa saya untuk hakimi kamu, namun saya berdoa agar kamu diberi petunjuk, yakinlah dunia ini hanyalah persinggahan, tiada yang kekal abadi,” nasihat seorang pengguna media sosial.
Azira bukan satu-satunya selebriti yang menerima kecaman berhubung soal pakaian.
Sebelum, pelakon serta pengacara, Amelia Henderson antara yang sering berdepan situasi sama , namun segala kutukan peminat tidak pernah menjadi kudis buatnya. – HIBGLAM