Netizen kecewa Aizat bergaya aneh ala Sam Smith

GARA-GARA tampil dengan fesyen pelik pada konsert Yunaverse yang berlangsung di ibu negara semalam, nama penyanyi Aizat Amdan hangat diperkatakan netizen.

Hadir  sebagai penyanyi jemputan pada konsert tersebut, Aizat atau nama penuhnya Muhammad Aizat Amdan, 34, menggayakan baju berwarna biru yang dipadankan dengan korset serta seluar pendek berona metalik.

Selain fesyen yang dikatakan aneh, pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua itu turut dikritik kerana memakai beberapa utas rantai.

Berikutan itu, Aizat disamakan netizen seperti penyanyi popular antarabangsa, Sam Smith yang sebelum ini sering dikritik kerana menggayakan fesyen aneh setiap kali beraksi di atas pentas.

Netizen rata-rata terkejut dengan perubahan ketara Aizat bahkan ada yang menzahirkan rasa kecewa.

“Aizat okey tak? Cukuplah Sam Smith sahaja yang begitu, janganlah tambah seorang lagi di Malaysia.

“Fesyen apa itu? Kenapa Aizat jadi begini?” soal netizen yang terkejut dengan penampilan bekas bintang Akademi Fantasia itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok