Netanyahu ahli neraka jahanam – Neelofa

BERANG dengan kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin, selebriti popular Neelofa menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ahli neraka.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, gelaran tersebut layak diberikan kepada Netanyahu yang telah melakukan kekejaman terlampau terhadap penduduk Palestin.

“Kongsi kepada dunia bahawa Netanyahu adalah penjenayah perang.

“Tindakan mereka adalah ‘genocide’ (pembunuhan beramai-ramai).

“Membunuh keluarga, bayi, kanak-kanak, golongan wanita dan lelaki di Gaza adalah jenayah perang,” katanya dalam Instagram.

Selain itu, bekas pengacara MeleTOP terbabit berharap Tuhan membalas segala kejahatan yang sudah dilakukan rejim zionis laknatullah dan juga Netanyahu.

“Inilah wajah laknatullah yang akan menghiasi neraka jahanam. Penghulu segala iblis.

“Ya Allah, lemparkanlah azab-Mu yang terkutuk terhadap syaitan bertopengkan manusia ini.

“Kau berikanlah ganjaran pahala dan syurga tertinggi buat umat Islam di Palestin. Amin,” ujarnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Sehingga hari ini, perang antara pejuang Hamas dan rejim Zionis masih berlarutan sehingga mengundang kemarahan penduduk dunia.

Rata-rata menyifatkannya tindakan Israel mengebom hospital, masjid dan geraja sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Netanyahu sebelum ini pernah bersumpah akan membunuh semua pejuang Hamas. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok