KALAU sudah namanya Nadhir Nasar, ‘jual’ di mana sahaja pun pasti laku.
Itu yang berlaku apabila Nadhir turut serta mempromosikan diri dalam ruangan mencari jodoh menerusi aplikasi X baru-baru ini.
“Nadhir, 27, kuat makan nasi kandar, peminat teh ais dan pandai berenang,” katanya dalam hantaran tersebut.
Meskipun sekadar gurauan, perkongsian tersebut meraih pelbagai respons, khusus peminat wanita yang rata-ratanya berpendapat pelakon Projek: High School itu sebagai calon suami mereka.
“Saya juga peminat teh ais dan pandai masak nasi kandar.
“Salam Nadhir, saya boleh bancuh teh ais dan tahu kedai nasi kandar yang sedap juga,” balas beberapa pengguna lain.
Setakat ini, perkongsian tersebut meraih ulang siar sebanyak 4,000 kali dan 10,000 tanda suka.