939
BAGILAH watak atau baju apa pun, Nabila Huda memang pakar kalau nak wujudkan mood tertentu.
Paling terdekat ialah ketika dia menggayakan busana kaum India iaitu sari ketika menghadiri sebuah acara restoran makanan India baru-baru ini.
Nampak macam biasa-biasa tetapi auranya jadi lain macam apabila menyarung sari berwarna coklat dan lengkap dengan aksesori kepala.
Kata netizen, gaya tersebut sangat sesuai dengannya yang memiliki kulit sawo matang.
“Sekali pandang macam Alia Bhatt dalam filem Gangubai Kathiawadi, dua kali toleh sudah seperti Kajol.
“Dia memang ‘berapi’. Belum habis Nyai Sunarti sudah jadi Rani Mukerji,” seloroh netizen.