Momen ‘majestic’ Dewa 19

BAGAI sebuah rakaman yang kekal dalam kotak ingatan, Konsert Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia meninggalkan 1,001 emosi kepada khalayak penonton.

Seperti diucapkan pengasas band ikonik asal Surabaya, Indonesia itu, muzik adalah makanan jiwa insan yang mampu menyuntik energi serta aura luar biasa.

Bukan bersifat hiburan semata-mata, setiap nukilan yang digubah semula menjadi ‘orkestra’ pada malam tersebut mempunyai kisah indah tersendiri.

Repertoire pilihan ramai tersebut juga dikatakan sebagai paparan momen kembara kumpulan terbabit sejak ditubuhkan pada 1986.

Sudah sedia indah, kolaborasi julung kali bersama 54 pemuzik orkestra Malaysia membuatkan repertoire persembahan di Axiata Arena, Bukit Jalil Jumaat lalu mencetuskan nuansa bunyi gah dan mega.

Makanan jiwa dalam format orkestra seperti disebut Ahmad Dhani nyata membuai rasa serta emosi sekitar 7,000 Baladewa Baladewi yang bagai larut dalam penyatuan simfoni indah karya malar segar yang dipersembahkan.

Sebuah ensembel lengkap diperdengarkan menerusi alunan Bohemian Rhapsody yang dipimpin Ahmad Dhani memanaskan pentas sebagai pembuka tirai, sebelum tugasan tersebut bertukar ke tangan Konduktor Muzik Indonesia, Guntur Nur Puspito yang mengambil alih ruang memimpin pasukan pemuzik orkestra.

Sehari sebelum berlabuhnya konsert di Axiata Arena, Ahmad Dhani memberi pujian melambung terhadap barisan pemuzik orkestra tempatan yang menjadi antara bala tentera muziknya kali ini.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok