Misi Top ke bulan ditunda

HASRAT penyanyi Top untuk ke angkasa lepas bersama jutawan Yusaku Maezawa nampaknya terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan tersebut disebabkan pembangunan kapal angkasa bernama Starship SpaceX dihentikan atas sebab tertentu dan akan disambung semula beberapa tahun lagi.

Tujuan asal ke angkasa lepas adalah untuk mengikuti program ‘Dear Moon’ yang merupakan sebuah misi diketuai Maezawa dengan kerjasama pengasas SpaceX, Elon Musk.

Projek berkenaan menjadi misi pertama bukan bawah agensi kerajaan yang bertujuan membawa orang awam ke bulan.

Kapal angkasa Starship yang dibangunkan SpaceX, dijangka terbang mengelilingi bulan sekitar enam hari yang sepatutnya diilancarkan tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok