TIDAK cukup paras rupanya yang dihina, kini anak-anak penyanyi Liza Hanim pula menjadi mangsa komen jahat segelintir netizen.
Berang ahli keluarga dijadikan sasaran, pemilik nama penuh Haliza Hanim Abdul Halim itu enggan memaafkan individu bermulut jahat terbabit yang tidak habis-habis memperkatakan keburukan dan mengaitkan ahli keluarganya dalam siri kutukan menerusi media sosial.
“Mengata aku seorang saja sudah. Tak payah kacau anak-anak aku.
“Aku tak akan maafkan! Merangkaklah kau cari aku nanti,” luahnya menerusi Insta Story.
Sebelum ini media sosial kecoh dengan komen ditulis pemilik akaun Jabatan Netizen yang menyifatkan rupa paras dan fizikal Liza menjadi penghalang utama dirinya untuk popular.
Antara perkara dijadikan bahan adalah mengenai tekstur kulit wajah wanita berusia 43 tahun itu yang didakwa mempunyai parut jerawat serta bentuk hidung tidak mancung.
Lebih mengecewakan, individu tersebut turut membandingkan perjalanan karier Liza dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dianggap lebih berjaya dan cantik.
Meskipun komen sebegitu keterlaluan selain meraih reaksi ramai peminat serta selebriti lain, Liza anggap perkara tersebut tidak menjatuhkan semangatnya
Pelantun lagu Gelisah Mimpi itu juga menganggap kritikan sedemikian bagaikan sudah biasa sepanjang 26 tahun bergelar anak seni.
Selain masih relevan dalam industri, Liza yang juga isteri anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin itu hidp bahagia lima cahaya mata berusia antara lima hingga 19 tahun– HIBGLAM.