Manisnya Diana, Farid berbaju pengantin

KETIKA negara sibuk bersolidariti demi Palestin, pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil mencuri perhatian ramai apabila tampil sebagai model busana pengantin.

Difahamkan, pemilihan mereka adalah sebagai wajah istimewa bagi busana edisi pengantin rekaan sebuah butik terkenal tanah air.

Pemilihan Diana dan Farid menuai keterujaan ramai yang rata-ratanya memuji kecantikan serta ketampanan pasangan suami isteri itu.

Tidak kurang, ada yang seronok melihat mereka kembali menyarung busana pengantin selepas melalui fasa pergolakan rumah tangga dan perceraian sebelum ini.

“Alahai seronoknya tengok mereka berdua, sama cantik sama padan bila pakai baju pengantin.

“Inilah yang dikatakan hikmah selepas berpisah. Banyak rezeki hadir termasuk jadi model pakaian pengantin,” kata pengguna TikTok.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok