Lisa pilih Columbia Records?

BIARPUN isu kontrak antara kumpulan Blackpink dengan pihak pengurusan YG Entertainment tidak berkesudahan, penyanyi Lisa dikatakan sudah menandatangani kontrak bersama syarikat baharu.

Ahli kumpulan Blackpink itu difahamkan sudah menandatangani kontrak bersama Columbia Records.

Spekulasi tersebut muncul apabila peminat mendapati pengurus pemasaran digital Columbia Records hanya mengikuti satu-satunya ahli Blackpink iaitu Lisa dalam Instagram.

Namun, sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan wakil penyanyi itu mahupun Columbia Records.

Malah, pihak YG Entertainment masih mendiamkan diri berhubung isu kontrak dengan penyanyi lagu Money itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok