‘Like’ status Zionis, Eric Nam diserang netizen

TINDAKAN penyanyi terkenal Korea Selatan, Eric Nam meninggalkan tanda suka pada sebuah hantaran Instagram menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin mengundang amarah netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Jordan C. Brown, Hamas disifatkan sebagai organisasi pengganas yang melakukan serangan terhadap orang awam.

Tindakannya itu turut membuatkan namanya sohor kini dalam aplikasi X.

Meskipun tidak mengeluarkan sebarang komen sama ada menyokong mahupun membantah kenyataan tersebut, tanda suka yang ditinggalkan penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu  menerima kritikan hebat daripada netizen.

Lebih teruk, ramai yang berpendapat tanda suka tersebut sekali gus menunjukkan penyanyi lagu I Don’t Know You Anymore itu berpihak kepada Zionis laknatullah.

TANGKAP layar tanda suka yang ditinggalkan oleh Eric untuk sebuah hantaran Instagram milik Brown.

Rentetan daripada itu, ramai membatalkan hasrat untuk hadir ke konsert jelajah Eric House On A Hill Asia Tour yang sepatutnya bermula Februari depan.

“Tidak sangka Eric mempunyai pendirian sebegitu. Dia tidak layak diangkat menjadi idola.

“Kenapa Eric tidak ‘unlike’ walaupun ramai peminat Malaysia sudah kecam?” komen netizen.

Eric dijangka menjayakan konsert jelajahnya di Kuala Lumpur pada 20 Februari 2024 di Zepp KL.

Selain Eric, selebriti ternama antarabangsa lain yang turut dipangkah peminat kerana menyokong Yahudi ialah Kylie Jenner, Gal Gadot, Justin Bieber dan The Rock. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok