Le Sserafim batal konsert di Bangkok kerana Influenza

DISEBABKAN ada dalam kalangan ahli Le Sserafim terkena jangkitan influenza, konsert jelajah kumpulan itu di Bangkok, Thailand terpaksa dibatalkan.

Menurut syarikat pengurusan kumpulan tersebut, Source Music, beberapa petugas juga terpaksa dibawa ke hospital selepas sakit secara tiba-tiba.

“Pada 6 Oktober lalu, Kim Chaewon, Huh Yunjin dan Kazuha dibawa ke hospital kerana demam dan sakit kepala.

Selepas pemeriksaan, mereka disahkan terkena jangkitan influenza jenis A dan kini sedang menjalani kuarantin.

“Memandangkan kesihatan artis kurang baik, kami memutuskan untuk tidak meneruskan 2023 Le Sserafim Tour Flame Rises In Bangkok,” katanya.

Pihak Source Music turut kesal dengan kejadian tersebut selain akan membayar balik wang peminat yang membeli tiket melalui media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok