Kontrak Fifty Fifty ditamatkan

SELEPAS timbul pelbagai isu sehingga berlarutan ke mahkamah, agensi pengurusan kumpulan Fifty Fifty iaitu ATTRAKT kini secara rasmi menamatkan kontrak eksklusif bersama Sio, Saena dan Aran.

Pengurusan tertinggi syarikat tersebut menyatakan kontrak mereka bersama Fifty Fifty tamat sejak 19 Oktober lalu.

“Kami memaklumkan bahawa ahli Fifty Fifty iaitu Saena, Sio dan Aran ditamatkan kontrak bermula 19 Oktober lalu.

“Tiga ahli terbabit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mahu berbincang tentang kontrak mereka.

“Kami akan berbincang mengenai langkah susulan mengenai ahli yang masih mahu bergerak bersama kami,” kata pihak ATTRAKT dalam satu kenyataan.

Seorang lagi ahli, Keena mengambil pendekatan berkecuali dan menarik balik daripada membawa tuntutan terhadap ATTRAKT ke mahkamah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok