Kim Se-jeong tawan Hong Kong, Manila

TERKENAL dengan persembahan terlaris di Seoul, penyanyi Kim Se-jeong membuktikan kuasa jenamanya yang mengagumkan sebagai artis solo apabila memenangi hati peminat di Hong Kong dan Manila.

Hal tersebut dibuktikan melalui 2023 Kim Sejeong 1st Concert Tour ‘The Gate di Hong Kong dan Manila yang berlangsung dengan jayanya walaupun pertama kali dilaksanakan.

“Ini kali pertama saya datang membuat persembahan solo di Hong Kong dan Filipina.

“Jadi, saya sangat gementar tetapi pada masa sama amat teruja,” katanya.

Penyanyi itu juga melakukan persiapan sendiri seperti menyusun jelajah solo dan memilih setiap lagu dengan teliti sambil memikirkan apa yang terbaik buat peminatnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok