Ketagih arak, Hwasa tak kesal

PENYANYI,  Hwasa meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menikmati usia 20-an dengan perkara menyeronokkan kerana terlalu sibuk mengejar cita-cita menjadi idola.

Akui anggota kumpulan Mamamoo itu, hidupnya mula berasa bosan kerana terlalu terikat dengan jadual kerja sehingga masa mudanya berlalu begitu sahaja tanpa dapat melakukan apa yang diinginkan.

Berikutan itu, penyanyi berkulit hitam manis terbabit secara terang-terangan mendedahkan sudah mula minum alkohol setiap hari sejak awal tahun lalu demi memabayar kembali rasa penyesalan itu.

“Dulu saya teringin minum minuman beralkohol tetapi tidak sempat kerana sibuk dengan kerja. Pada usia 29 tahun ini, saya rasa menyesal kerana tidak menikmati kehidupan muda.

“Sekarang saya minum arak setiap hari selama sebulan,” katanya dalam satu rancangan temu bual.

Lebih teruk, ketagihan dan tabiat minum idola tersebut yang luar biasa mengejutkan rakan-rakannya kerana dia secara konsisten mengambil alkohol sepanjang hari.

“Disebabkan saya terus minum selama sebulan, muka jadi sembap dan kelihatan tua daripada usia sebenar namun saya tidak menyesal kerana itu salah satu perkara yang  tidak sempat dilakukan sebelum ini,” katanya tersenyum.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok