Kekal cun, ramai peminat rindu kelibat Mira Filzah

SEJAK melahirkan cahaya mata pada tahun lalu, pelakon Mira Filzah agak selektif dalam menerima tawaran lakonan.

Atas sebab itu juga, sudah jarang kelibatnya muncul dalam mana-mana drama atau filem sehingga tanpa sedar ramai merindui lakonan serta gelagatnya dalam media sosial.

Namun, baru-baru ini videonya menyanyikan lagu milik Jennie Blackpink berjudul You And Me dengan busana berwarna ungu dan merah tular dalam TikTok.

Ramai juga terkejut kerana sebelum ini Mira agak jarang berkongsi video sebegitu dalam media sosial, namun tetap meraih pujian ramai kerana kejelitaannya sehingga ada menyamakan dia dengan Jisoo Blackpink!

“Rindunya nak tengok Mira, cantik betul sekarang sampai terlupa dia sudah bergelar seorang ibu.

“Sekali pandang sudah macam Jisoo, lawa betul,” puji netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok