Jungkook dominasi dunia

ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook sekali lagi lagi mencipta kejayaan apabila lagu solonya berjudul Seven berjaya menduduki tempat pertama Carta Lagu Top Global Spotify sekali gus menewaskan lagu penyanyi terkenal seperti Nicki Minaj dan Beyonce.

Sejurus dilancarkan, Seven berada di tangga teratas carta Lagu Top Global dan kekal di tempat pertama selama tiga bulan.

Selepas itu, Doja Cat mengambil alih tempat teratas pada 11 September dan mengekalkannya sehingga 29 September namun Jungkook merampas kembali takhta tersebut dan kekal di kedudukan pertama sehingga ke hari ini.

Malah, lagu solo kedua Jungkook berjudul 3D yang dilancar hujung bulan September lalu berjaya menduduki tempat ketiga dalam carta tersebut selama tiga hari berturut-turut.

Pencapaian cemerlang Jungkook menunjukkan progres memuncak sebagai bintang pop global yang mempunyai pengaruh tersendiri.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok