Jodoh Cha Chung-hwa bukan selebriti

TIDAK pernah digosipkan bercinta mahupun rapat dengan mana-mana jejaka, pelakon Cha Chung-hwa mengejutkan ramai apabila bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini.

Perkara tersebut disahkan agensinya, IOK Company yang mengumumkan bintang drama Song of the Bandits itu akan mendirikan rumah tangga dengan jejaka lebih muda yang juga ahli perniagaan.

“Cha Chung Hwa dan teman lelakinya akan mengikat janji sebagai suami isteri dalam majlis serba indah yang akan berlangsung di Seoul pada pada 27 Oktober ini.

‘Memandangkan bakal pengantin lelaki bukan selebriti, kami memohon pengertian ramai kerana tidak boleh mendedahkan identitinya,” kata wakil agensi.

Menurut agensi itu lagi, majlis perkahwinan pasangan yang sudah lama menjalin hubungan itu akan berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok