Jinu kenang mendiang Choi Jin-sil

AHLI kumpulan Winner, Jinu mengimbau memori bersama mendiang kawan baiknya iaitu Choi Jin-sil.

Kenangan tersebut diabadikan dalam hantaran Instagram dengan kapsyen bentuk hati dan tangan tanpa memperincikan tujuan status tersebut dibuat.

Pada masa sama, menerusi setiap temu bual Jinu memaklumkan akan mencari masa setiap tahun untuk menghormati mendiang Jin-sil.

Aktor terbabit meninggal dunia secara tiba-tiba pada 2 Oktober 2008 ketika berusia 40 tahun.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok