Jennie bukan milik Hybe Labels

ISU kontrak antara kumpulan Blackpink dengan pihak pengurusan, YG Entertainment seakan-akan masih belum bertemu penyelesaian.

Baru-baru ini muncul spekulasi baharu mengenai anggotanya, Jennie yang didakwa menandatangani kontrak dengan Hybe Labels.

Rupa-rupanya spekulasi tersebut hanyalah salah faham yang berlaku dalam kalangan peminat.

Desas-desus mula bertebaran selepas video siaran langsung Jennie dikeluarkan daripada YouTube.

Difahamkan, video berkenaan ada kaitan dengan isu pelanggaran hak cipta Hybe.

Perkongsian tersebut diambil daripada strim langsung Weverse yang merupakan platform dimiliki Hybe Corporation, namun tidak membawa makna Jennie kini bernaung sebagai artis mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok