IU diugut bunuh, habis semua kawalan diperketat

BERDEPAN ancaman bahaya sehingga diugut bunuh, aspek keselamatan penyanyi IU kini menjadi keutamaan agensi EDAM Entertainment apabila satu garis panduan baharu diperkenalkan bertujuan meningkatkan perlindungan privasi artis, khususnya IU.

Dalam satu kenyataan, agensi itu melarang peminat melawat lokasi bukan dalam jadual aktiviti rasmi artis, termasuk agensi pengurusan, studio rakaman, bilik latihan dan kediaman artis.

Mereka menekankan kehidupan peribadi artis harus dipelihara dan dihormati, malah turut menamakan lapangan terbang sama ada dewan ketibaan dan pelepasan, termasuk bahagian imigresen dan tuntutan bagasi sebagai kawasan larangan bertemu peminat.

“Kami memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menceroboh ruang artis dan bersungguh-sungguh untuk cuba berbual atau memulakan hubungan fizikal dengan artis kami.

“Berkenaan dengan jadual peribadi yang tidak didedahkan atau boleh diakses peminat, kami memohon pemahaman mendalam peminat,” jelas agensi.

Pihak EDAM turut mengeluarkan  amaran, jika garis panduan tidak dipatuhi, keahlian dan faedah peminat yang terlibat dalam kelab peminat rasmi mungkin ditamatkan selain bakal didakwa di mahkamah 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok