Ikmal Amry bikin hati wanita cair

SEJAK muncul sebagai teraju utama dalam drama From Saga With Love, nama Ikmal Amry kerap menjadi sebutan ramai dalam media sosial khususnya TikTok.

Jika sebelum ini bakatnya kurang diketengahkan, namun kini sudah semakin dikenali dan kian meniti populariti selepas memegang watak Sham.

Rata-rata peminat setia drama tersebut memuji kualiti lakonan Ikmal yang dianggap baik dan meninggalkan impak tersendiri.

Tidak kurang juga ada peminat wanita mula ‘jatuh hati’ dengan ketampanan bapa anak satu itu.

“Sebelum ini tak minat tetapi selepas dia berlakon dalam drama Viu, terus jatuh cinta. Kacak betul suami orang.

“Harap tidak bazirkan bakat dimiliki Ikmal Amry,” komen peminatnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok