Hong Hyun-hee mahu anak seiras V

PELAWAK, Hong Hyun-hee mendedahkan sering merenung foto penyanyi kumpulan BTS iaitu V ketika mengandungkan anak lelakinya.

Menurutnya, perkara tersebut dijadikan rutin harian setiap kali ingin tidur agar bayi dalam kandungan mempunyai wajah seiras penyanyi terkenal itu.

“Setiap hari sebelum tidur saya tenung gambar V ketika Jun Beom masih dalam perut,” katanya dalam temu bual berjudul Omniscient Interfering View.

V dijadikan pilihan kerana rupa parasnya yang kacak selain bergelar bintang popular.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok