Hebat! Park Seo-joon hiasi poster The Marvels

FILEM antarabangsa berjudul The Marvels sememangnya dinanti-nantikan peminat tegar Marvel Comics. Kini poster naskhah yang bakal ditayangkan pada 10 November itu sudah dilancarkan.

Hadir dengan reka bentuk poster kreatif dan menarik, tumpuan peminat bagaimanapun tertancap kepada imej pelakon Korea Selatan, Park Seo-joon.

Peminat teruja melihat imej Park Seo-joon dalam poster The Marvels.

Dengan bakat dan karisma tersendiri, Seo-joon yang terpilih menyertai The Marvels kali ini memegang watak Yan D’Aladna.

Sebelum ini, kisah aktor The Divine Fury itu dipilih menyertai barisan pelakon Marvel Cinematic Universe heboh diperkatakan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok