Haein hamil, umum kahwin November

TIADA angin tiada ribut, anggota kumpulan Laboum, Haein kini dikhabarka  hamil dan bakal berkahwin pada November hadapan.

Berita baik tersebut diumumkan secara rasmi oleh agensi Haein iaitu RND Company dengan menyatakan artis di bawah naungan mereka itu bakal berkahwin dengan jejaka biasa dan bukan daripada kalangan selebriti.

“Haein telah bertemu dengan teman lelakinya dan akan menghabiskan sisa hidupnya bersama jejaka tersebut, mereka akan berkahwin November depan.

“Bakal pengantin lelaki bukan selebriti, kami memohon jasa baik anda semua untuk memberikan sokongan dan restu kepada Haein yang akan memasuki fasa baharu dalam hidup,” kata RND Company.

Haein mendedahkan berita kehamilannya dalam bentuk surat tulisan tangan kepada peminatnya.

“Saya memutuskan untuk berkahwin kerana semakin memikirkannya, semakin saya yakin dengan teman lelaki saya.

“Ini adalah saat istimewa buat saya. Rasa tanggungjawab yang lebih kukuh bersama dengan kegembiraan yang utuh,” tulisnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok