Fazura kutuk Angelina Jolie tutup mata isu Palestin

“TOLONGLAH Angie (Angelina Jolie). Jangan takut untuk bercakap perkara benar.”

Demikian teguran pelakon dan usahawan FAzura buat selebriti terkenal antabangsa, Angelina Jolie yang memilih jalan ‘neutral’ atau selamat berhubung konflik Israel-Palestin.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin menasihatkan pelakon filem Maleficent itu agar usah takut menegakkan kebenaran tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin.

“Jangan takut untuk bercakap benar.

“Anda tahu lebih berbanding apa yang anda tulis (kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial,” coret Fazura menerusi ruangan komen aktres itu seraya menyertakan tanda pagar give them back their land (beri balik tanah Palestin).

Menjengah komen individu lain dalam hantaran dimuat naik Angelina atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, ramai  mengutuk kenyatan berbaur neutral (memilih jalan selamat) yang diambilnya.

“Terima kasih tetapi jangan takut cakap perkara yang benar. Perkataan-perkataan yang sebenar adalah: penjajahan, apartheid dan pembunuhan beramai-ramai,” tulis seorang pengguna Instagram.

Angelina menjadi antara selebriti Hollywood yang akhirnya bersuara mengenai krisis Israel-Palestin.

Bagaimanapun, ramai tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang seakan-akan  melindungi Zionis atau Israel sedangkan seramai 8,000 rakyat Palestin telah terbunuh disebabkan kezaliman tentera tersebut.

Selain bergelar pelakon, Angelina merupakan antara aktres yang terkenal dengan aktiviti kemanusiannya termasuk membantu pelarian negara bergolak seluruh dunia. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok