Eiza sila keluar segera! Shila Amzah beri amaran

PENYANYI Shila Amzah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila meminta seorang wanita yang juga dipercayai kekasih adiknya dikenali sebagai Eiza untuk segera keluar dari banglo miliknya di Hulu Langat, Selangor selewar-lewatnya esok.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila AMir Hamzah, 33, berkata, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya wanita tersebut masih berdegil dan tinggal di rumah berkenaan.

Menurut Shila, Eiza sudah berpindah ke rumah yang didiami keluarganya itu sejak tahun 2021 sehingga hari ini.

“Kepada orang luar sebenar. Eiza yang sudah lama duduk di rumah saya di Hulu Langat itu, sila keluar selewat-lewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang.

“Sila keluar dalam kadar segera,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Penyanyi Patah Seribu itu juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang agar Eiza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya dan keluarga dalam media sosial.

“Jika keluar sebarang perkataan mengenai saya dan keluarga saya dalam media sosial milik awak, notis tuntutan (LOD) akan dihantar.

“Saya maklumkan hal ini kepada ibu, Datin Fauziah Sarman untuk memintanya keluar dari rumah tersebut setahun lalu.

“Dia pindah ke rumah itu pun tanpa kebenaran saya,” katanya lagi.

Sebelum ini kemelut keluarga Shila menjadi bahan bualan hangat netizen apabila adiknya Syada Amzah mendakwa dihalau dari rumah kediaman yang didiami sekeluarga yang bakal dijual.

Kemudian, adik lelakinya, Amir Syafiq pula lantang bersuara mendedahkan sikap biadab Shila terhadap ibu mereka.

Berasa teraniaya, Shila tampil mempertahankan dirinya bahawa dia menggunakan kuasa veto untuk menjual banglo yang kini didiami ibu dan adik-beradiknya.

Konflik antara mereka sehingga hari ini masih belum menemui titik noktah dan lebih bertambah dramatik apabila Fauziah membuat kenyataan tidak memaafkan Shila. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok