Dituduh hamilkan wanita, Aniq Suhair bakal fail saman

PETALING JAYA – Nama terpalit kontroversi menghamilkan seorang wanita, pelakon Aniq Suhair bersedia mengambil tindakan undang-undang demi menjaga nama baiknya.

Berasakan tuduhan tersebut satu fitnah yang cuma menjatuhkan maruahnya, Aniq atau nama lengkapnya Aniq Suhair Mohd. Salleh, 23, sudah menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular dalam media sosial beberapa hari ini.

“Di sini, saya ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.

“Saya telah pun mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya serta keluarga termasuklah memulakan saman,” katanya dalam hantaran Instagram sebentar tadi.

Pelakon Journal Sara-haeyo itu juga dinasihatkan mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelak gangguan perjalanan ke di mahkamah.

“Atas nasihat peguam , saya tidak dapat memberikan komen lanjut kerana akan menjejaskan proses undang-undang.

“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

Sejak beberapa hari lalu, nama Aniq memanas apabila seorang wanita membuat pengakuan hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang aktor muda.

Pengakuan dalam TikTok tersebut turut menyiarkan foto-foto Aniq bagi menjelaskan tuduhan yang dibuat kepada pelakon terbabit. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok