Dibenci, Jeon So-min tinggalkan Running Man

SELEPAS enam tahun berada dalam keluarga Running Man, pelakon juga model popular, Jeon So-min akhirnya membuat keputusan meninggalkan program realiti popular itu.

Meskipun berat hati, So-min nekad dengan keputusan itu selepas berbincang dengan pihak pengurusannya King Kong By Starship.

“Jeon So-min akan menjalani penggambaran terakhirnya pada 30 Oktober ini sebelum meninggalkan program realiti popular itu,” kata pihak pengurusan.

Sejak tahun lalu, So-min sebenarnya berdepan kebencian dan desakan peminat agar keluar daripada Running Man.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok