PENYANYI versatil, Dawn akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat dunia seni dan peminat apabila menyahut panggilan menjalani latihan ketenteraan.
Berita tersebut dikongsikan penyanyi dari Korea Selatan itu menerusi InstaStory, sekali gus mengharapkan sokongan berterusan daripada peminatnya.
“Saya akan memulakan tugas wajib tentera sebagai pekerja perkhidmatan awam, saya harap kalian faham mengapa saya tidak memaklumkan lebih awal.
“Walaupun sedih akan berpisah dengan kalian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih sebelum saya pergi.
“Saya sangat berterima kasih kepada peminat atas sokongan semua, dan saya berjanji untuk kembali menggegarkan industri muzik selepas menyelesaikan tanggungjawab saya,” kata Dawn.
Dalam hantaran sama, Dawn sempat mendedahkan kepada peminat mengenai beberapa projek yang telah disiapkan lebih awal dan akan diperkenalkan dalam masa terdekat sebagai buah tangan kepada peminat yang tidak jemu menyokongnya sejak awal karier.