Dah boleh masak sambal sotong kegemaran Hafidz – Nurul Shuhada

ENGGAN dirundung rasa sedih, bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mendedahkan sudah beberapa bulan tidak memasak sambal sotong yang menjadi juadah kegemaran aktor itu.

Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata itu antara pendekatan yang diambil sebelum ini bagi mengubat lara hati.

“Selepas sembilan bulan baru boleh masak hidangan ini (sambal sotong) yang menjadi kegemaran dia (Hafidz).

“Bukan apa, takut nanti kalau saya masak ada perisa air mata pula.

“Sekarang, kalau awak semua nak suruh saya masak katering sambal sotong pun boleh,” katanya.

Selain itu, Shuhada turut memaklumkan bahawa dia kini gembira melalui fasa hidup baharu tanpa perlu mengejar cinta manusia.

“Bukan mahu cakap besar sudah berdamai dengan masa lalu tetapi nak beritahu yang Allah Maha Hebat. Dia  membolak-balikkan hati manusia.

“Hari ini awak sayang dia, esok belum tentu lagi. Jadi, tidak perlu kejar cinta. Jom, kejar cinta Allah,” ujarnya lagi.

Pada Februari lalu, Hafidz dilaporkan melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian bertindak memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Febrauri lalu.

Perkahwinan yang dibina sejak 30 April 2016, dilengkapi dengan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok