D.O bukan lagi artis SM Entertainment

Kecoh dalam media sosial mengenai khabar angin anggota kumpulan EXO iaitu D.O tidak lagi bernaung di bawah SM Entertainment.

Tampil mengesahkan khabar angin tersebut, syarikat pengurusan tersebut secara rasmi mengeluarkan kenyataan bahawa kontrak D.O bakal tamat pada awal bulan hadapan. 

“Kontrak eksklusif kami dengan D.O berakhir pada awal November. 

“Selepas perbincangan dengan D.O, kami memutuskan bahawa aktiviti promosinya bersama kumpulan EXO akan tetap dilakukan dengan SM Entertainment.

“Untuk karier lakonan pula, segalanya akan diuruskan oleh syarikat baharu yang ditubuhkan salah seorang bekas pengurus kami,” jelasnya SM Entertainment.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok