DIUSIK mengenai layanan ‘kayangan’ Aeril, dimewahkan dengan barangan berjenama sehingga terbaharu dihadiahkan kenderaan pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition dianggarkan bernilai jutaan ringgit, Wawa Zainal tersenyum manis.
Menegaskan setiap pasangan mempunyai cara menghargai teman hidup, dia berharap apa yang dikongsi tidak dijadikan perbandingan, sebaliknya menyuntik semangat pasangan lain untuk sama berusaha saling membahagiakan.
Kami pernah hidup susah, malah sebagai isteri saya enggan meminta-minta.
“Macam kereta, kenderaan itu turut digunakan seisi keluarga.
Kehidupan kami sebenarnya sama macam pasangan lain, tidaklah bermewah-mewah. Anak-anak pun bukan sepanjang masa menggayakan baju berjenama.
“Sebagai isteri, saya cuma menghargai apa yang suami beri, selain bersyukur kehidupan dilengkapi empat cahaya mata yang lincah dan bijak,” ujar pemilik nama lengkap Nur Hawa Zainal Abidin itu.
Artikel penuh, layari Kosmo! Online atau dapatkan akhbar kompak tersebut di kedai-kedai berdekatan.