KEKERAPAN anggota kumpulan Blackpink, Lisa bertemu Frederic Arnault yang didakwa teman lelakinya membuatkan peminat bosan dan meluat.
Baru-baru ini, Lisa dan Frederic dilaporkan sekali lagi dilihat meluangkan masa bersama-sama di sebuah restoran terkenal di Paris.
Difahamkan kedua-duanya semakin terbuka menayang kemesraaan mereka malah tidak peduli orang sekeliling yang memandang.
Arnault juga dilaporkan hadir menonton persembahan Lisa dalam Crazy Horse bersama keluarganya.
Begitupun, baik Lisa mahupun Arnault belum memberi apa-apa kenyataan dan membiarkan peminat berteka-teki status hubungan mereka.
Berikutan itu, keakraban hubungan mereka mencetuskan rasa tidak selesa peminat Lisa yang kurang senang melihat idola mereka didekati jejaka tersebut.
“Asyik berkepit sahaja, sekali dua mungkin menarik, lama-lama jadi meluat, rasa bosan. Tolong jadi pasangan yang eksklusif,” komen seorang netizen.
“Saya harap karier Lisa tidak terjejas kerana cinta, nampak mereka kerap berjumpa. Bimbang Lisa tiada masa untuk fokus pada kerjaya,” komen seorang lagi netizen.