Bobby dilabel tak senonoh

GARA-GARA menampilkan konsep foto menunjukkan jari tengah untuk kulit album mini terbaharunya, Bobby dikecam teruk netizen yang menyifatkan penyanyi tampan itu sebagai artis tidak bertamadun.

Foto berani itu bukan sahaja memperlihatkan gaya Bobby yang tidak segan silu mempamerkan kelakuan tidak bermoral bahkan menjadi petunjuk tentang kebebasan artis untuk berbuat apa sahaja atas dasar berkarya.

“Saya tidak faham dengan segelintir artis yang inginkan konsep pelik-pelik, tidakkah mereka sedar bahawa anak muda terutamanya remaja boleh terpengaruh dengan tindakan sedemikian? Dasar artis tidak ada tamadun,” komen seorang netizen.

“Lebih respek artis berkarya dengan keunikan dan luar kotak serta sarat inspirasi daripada penyanyi syok sendiri yang kononnya mahukan kebabasan tetapi mempamerkan aksi tidak senonoh,” luah seorang lagi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok