Berbaju ‘tonjol’ payudara, Azira Shafinaz akur kecaman netizen

DISELAR tiada rasa malu hanya kerana mengenakan busana ‘tidak cukup kain’ yang menunjukkan bentuk payudara, pelakon Azira Syafinaz berlapang dada dengan segala kutukan netizen.

Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan berkata, dia tidak mempunyai kudrat untuk menutup mulut orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pemilihan busana digayakannya pada sebuah acara baru-baru ini.

“Kalau saya menjawab pun, lagi berbuih mulut netizen nanti mengecam. Lebih baik saya diamkan diri.

“Saya akur dengan kesilapan dan saya juga akui bukanlah seorang muslimah yang sempurna. Banyak lagi saya perlu perbaiki dari segi pakaian, pertuturan dan sebagainya,” katanya kepada Kosmo! Online, semalam.

Dalam pada itu, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berkata, dia sedikit terkilan dengan teguran berbaur kasar datang daripada bibir netizen.

“Saya tak kisah orang nak cakap apapun. Tapi, alangkah baiknya kalau menegur itu kena dengan cara. Janganlah dengan kata-kata kasar sampai menjatuhkan maruah seseorang.

“Insya-Allah, saya akan lebih jaga pemakaian selepas ini. Untuk sekarang adalah lebih baik saya tidak mengulas terlalu lanjut takut nanti orang ‘spin’ (pusing) kenyataan saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Azira, 33, dikecam teruk gara-gara berpakaian mencolok mata ketika menghadiri sebuah acara hiburan, sehingga disifatkan netizen sebagai lapar perhatian.

Azira mengenakan busana serba hitam dipadankan dengan permata warna warni sebagai pelengkap gaya.

Bagaimanapun, persalinan itu didakwa tidak sesuai kerana terlalu seksi apabila mendedahkan bahagian dada serta pinggangnya.

Sejurus foto tersebut dimuat naik, ruangan komen dibanjiri respons peminat dengan rata-rata mengecam gaya pemakaian anggota kumpulan DeFam itu selain menyifatkannya artis sendu yang lapar perhatian.

“Sudah-sudahlah tu, sebab takde ‘job’ ke terpaksa tayang semua benda? Kesian artis sendu lapar perhatian,” komen seorang netizen.

“Saya sebagai perempuan malu tengok awak berpakaian macam ini, entah apa yang awak cuba buktikan kepada khalayak, tayang badan awak untuk raih pujian? Kesian,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada ditikam pelbagai kata nista, terdapat juga netizen yang mendoakan agar aktres berusia 32 tahun itu diberi hidayah Allah.

“Siapa saya untuk hakimi kamu, namun saya berdoa agar kamu diberi petunjuk, yakinlah dunia ini hanyalah persinggahan, tiada yang kekal abadi,” nasihat seorang pengguna media sosial. – HIBGLAM.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok