Baekhyun setia bersama EXO

“SAYA tidak akan pergi. EXO adalah satu dan kami tidak akan pecah, jangan risau.”

Demikian respons penyanyi Baekhyun apabila seorang peminat mendakwa dia bakal meninggalkan kumpulan EXO.

Dakwaan tersebut tersebar kerana pemilik nama lengkap Byun Baek-hyun itu disahkan telah membuka agensi sendiri.

Namun, semua keresahan peminat ternyata sia-sia.

Masing-masing teruja apabila EXO masih kekal dengan lapan ahli.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok