Badrul meninggal dunia ketika tidur – Anne Abdullah

PELAKON Anne Abdullah memaklumkan Allahyarham Badrul Muhayat meninggal dunia semasa tidur di sebuah inap desa di Taman Pauh, Pulau Pinang dan berita duka itu diberitahu oleh pelakon, Aida Aris yang berada di lokasi kejadian.

Kata Anne sewaktu dihubungi HibGlam menerusi aplikasi WhatsApp, isteri kepada arwah, Nohayati Zulkaply pada awalnya mahu mengejutkan suaminya daripada tidur, namun pelakon itu tidak bergerak (bangun).

Saya tidak berada di sana (Pulau Pinang). Saya dimaklumkan oleh pelakon Aida Aris yang tinggal di inap desa sama dengan arwah dan juga isterinya.

“Pagi tadi isteri arwah cuba kejutkan dia daripada tidur, tetapi tidak bangun. Ambulan yang datang telah memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun tidak berjaya. Arwah kemudiannya disahkan telah meninggal dunia,” kata Anne.

PELAKON Anne Abdullah mengetahui berita pemergian sahabatnya, Allahyarham Badrul Muhayat menerusi isteri pelakon itu pagi tadi. 

Tambah pelakon itu lagi, difahamkan isteri kepada Badrul kini berada di balai polis untuk membuat laporan tentang kematian mengejut suaminya itu.

Isteri arwah kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Apa-apa saya akan maklumkan perkembangan terkini,” katanya

Hari ini, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pemergiaan pelakon senior, Badrul Muhayat yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah inap desa di Pulau Pinang.

Badrul yang terkenal menerusi filem Harry Boy meninggal dunia pada usia 55 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok