Artis K-pop sokong Israel, Jom boikot!

ISU artis antarabangsa memboikot atau menyokong Israel atas serangan ke atas Gaza bukan suatu perkara yang janggal.

Memilih untuk sokong ditentang, menyokong mana-mana pihak juga dikecam, namun atas pendirian masing-masing, setiap orang berhak menunjukkan solidariti kepada siapa yang dimahukan.

Atas sifat kemanusiaan sejagat dan lebih besar lagi menentang penindasan serta kezaliman Zionis terhadap umat Islam di Palestin, rakyat Malaysia tidak terkecuali menjadi golongan lantang. Tidak hanya melaungkan sokongan terhadap Palestin, kita juga menentang memboikot mana-mana individu mahupun selebriti yang mengibarkan ‘bendera’ Zionis.

Meninjau dari satu sudut dunia K-pop, selepas Eric Nam secara terang-terangan diboikot akibat meletakkan tanda suka terhadap perjuangan Israeel, hari ini HibGlam, menyenaraikan beberapa artis Korea yang dilihat sangat aktif menyokong perbuatan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.

Choi Si-won

Penyanyi Choi Si-won pernah menyertai majlis hubungan diplomatik Korea-Israel 60 Tahun pada Mei tahun lalu.

Biarpun kehadiran Si-won hanya sebagai tetamu, peminat mengutuk tindakannya yang dilihat seolah-olah menyokong Israel.

Ramai yang kecewa penyanyi berusia 37 tahun itu bergambar bersama orang kenamaan Israel seperti Kolonel Yariv Ben Ezra.

Dalam ruangan komen, peminat meninggalkan beberapa video klip mengenai kesengsaraan Palestin dengan harapan Si-won mengubah pendiriannya.

Song Seung-hyun

Beberapa hari lalu, penyanyi Song Seung-hyun dilihat memuat naik hantaran bendera Israel bersama tulisan ‘Pray For Israel’.

Namun, setelah menerima kecamaan hebat, bekas ahli kumpulan FT Island itu bertindak memadam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, tindakannya disedari beberapa peminat dan kesal dengan perbuatannya yang tidak peka dan hilang sifat kemanusiaan

Ada antara peminat Malaysia yang terus tidak lagi mengikuti penyanyi asal Busan itu atas hantaran yang dibuat.

Junhoe

Tanpa menunjukkan sokongan yang berpihak kepada Israel, penyanyi Junhoe pernah menyatakan hasratnya berkunjung ke negara tersebut.

Meskipun diluahkan pada 2021, peminat masih tidak boleh melupakan hasratnya konon ingin menikmati keindahan negara tersebut.

Bagaimanapun, ada beberapa peminat yang masih mempertahankan pemilik nama lengkap Koo Jun-hoe memaklumkan penyanyi itu beragama Kristian dan ingin melawat Jerusalem.

Lee Su-ji

Tindakan penyanyi Lee Su-ji memuat naik status Instagram sebuah artikel berita Korea mendoakan kesejahteraan Israel meraih kecaman.

Artikel tersebut memaklumkan tentang peperangan hari kedua Israel-Hamas (8 Oktober) dan kira-kira 4,200 mangsa sudah terkorban.

Dalam status tersebut, Su-ji mengambil kesempatan mendoakan rakyat Israel yang diserang tentera Hamas.

Tindakan artis berusia 25 tahun itu tidak disenangi peminat kerana secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap Israel. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok