Ameena Sofia dah ada ibu tiri

PENYAMPAI radio Hot FM,  Fizi Ali akhirnya menyunting rakan niaganya yang dikenali sebagai Tiz sebagai suri hidup selepas dua tahun menduda.

Khabar gembira itu dimaklumkan Fizi atau nama sebenarnya,  Mohd. Fafizudin Alimudin, 36, dalam Instagram dengan memuat naik foto mengenakan pakaian rona putih bersama isteri baharunya itu dan anak-anak.

“Alhamudulillah, syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami.

“Semoga doa-doa yang baik kembali semula kepada kalian,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Difahamkan, pasangan merpati dua sejoli itu melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

Fizi, Tiz dan anak-anak mereka dalam persalinan serba putih.

Bagaimanapun,  bekas suami pelakon Shakila Khoriri itu tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai majlis pernikahanya yang dipercayai berlangsung pada hari ini.

Setakat ini, usaha HibGlam mendapatkan pengesahan daripada pihak Fizi belum berhasil.

Sebelum ini, Fizi tanpa berselindung mengakui sedang berkawan rapat dengan rakan niaganya.

Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok