Aliff Aziz pujuk Bella Astillah dengan ayat manis

PETALING JAYA – “Di tengah-tengah hura-hara mengenai isu beberapa hari lalu, saya mohon maaf jika penyataan dalam temu bual sebelum ini menyakiti atau buat awak terasa, sayang.”

Demikian pujukan penyanyi Aliff Aziz buat isteri tercinta, Bella Astillah yang dihimpit rasa tidak cemburu susulan kenyataan suaminya itu mengenai kehadiran aktres Sophia Albarakbah pada konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10), minggu lalu.

Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz membuat pengakuan terbuka itu dengan kekesalan atas apa yang terjadi sehingga mengeruhkan hubungannya suami isteri.

“Saya tidak berniat untuk membuat awak kecewa. Awak adalah penyokong saya dan benar-benar mengubah saya ke arah lebih baik.

“Meskipun melalui semua kemelut ini, saya tetap mencintai awak dengan mendalam.

“Saya berharap kita sentiasa terbuka untuk belajar dan mengakui perbuatan kita. Semoga Allah mudahkan kita melalui masa yang sukar bersama,” ujarnya.

Sebelum ini, isteri kepada Aliff  meluahkan rasa amarah terhadap Sophia gara-gara tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan aktres drama From Saga With Love itu mengenai kemunculannya pada konsert GV10.

Tindakan aktres berdarah campuran itu yang keluar dari dewan sebelum persembahan Aliff membuatkan Bella menuduhnya sebagai penipu dan kaki putar belit cerita.

Mengimbau semula ‘tragedi’ pada Januari lalu, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa pelakon itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres terbabit memohon maaf selain ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu keharmonian rumah tangganya.

Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 2016, kini bahagia bersama sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Sophia pada bulan lalu juga dilaporkan mengakui sudah putus cinta dengan lelaki yang dikenali sebagai Mr. Doctor. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok