JIKA bergelar selebriti, memang tidak akan terlepas daripada menerima sebarang komen negatif termasuk Alicia Amin.
Baru-baru ini, dia menuai perhatian menerusi InstaStory dengan berkongsi tangkap layar memaparkan foto sedang menitiskan air mata.
Di sebalik foto tersebut, muncul pula komen ‘tidak bermoral’ daripada seorang individu yang melemparkan dakwaan Alicia menangis kerana rindukan alat sulit bekas suaminya.
“Kenapa menangis? Rindu ba**ng bekas suami ke?,” komen individu tersebut dalam aplikasi X.
Mengucap panjang Diva baca komen tersebut dan terfikir juga mengapa individu tersebut tergamak melemparkan dakwaan sebegitu.
“Sebab itu saya benci media sosial,” kata Alicia dalam tangkap layar tersebut.
Diva pula yang sakit hati, iyalah, sebagai wanita pastinya komen sebegitu sangat menggores hati.
Sabarlah Alicia, jangan diambil hati sangat dengan perangai tidak semenggah sebegitu. Diva doakan Alicia jumpa pengganti yang lebih baik kelak ya.
DIVA: Terlalu banyak konsert berlangsung ketika ini. Dengarnya ada tiket konsert tempatan yang tidak terjual. Kasihannya!