Alahai romantiknya Hael

PENYANYI Hael Husaini menuai perhatian apabila kini bergelar pelakon. Nampaknya ramai yang tidak sabar untuk menonton drama pertama lakonannya, My Famous Ex Boyfriend.

Apa yang menarik perhatian Diva adalah satu babak dalam drama tersebut yang dilakonkan oleh Hael bersama heroinnya iaitu Qasrina Karim ketika mereka berdua dibasahi hujan.

Nampaknya babak Hael membuka jaket untuk dijadikan ‘payung’ buat Qasrina telah membuatkan ramai peminatnya dalam kalangan wanita berangan-angan.

Lebih-lebih lagi dalam adegan tersebut, Hael merenung Qasrina dengan pandangan yang boleh membuatkan para gadis ‘cair meleleh’.

Masing-masing mula memasang impian membayangkan jika teman lelaki mereka melakukan hal serupa. Konon-konon romantik katanya!

“Kalau saya jadi Qasrina, mesti dah pengsan kena tenung macam tu,” kata seorang peminat Hael.

“Kenapa hati saya pula yang berdebar,” ujar seorang lagi peminatnya.

Alahai! Diva pun tersengih seorang diri tau! Berangan juga nak dilayan begitu.

DIVA: Ciri-ciri ibu bapa toksik? Rita Rudaini perli siapa agaknya?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok